
KUALA LUMPUR: Usaha memelihara dan memperkasa seni warisan tekstil negara khususnya songket dan kelingkan di peringkat global direalisasikan menerusi kolaborasi Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) dan Malaysian Craft Council (MCC).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Dato’ Rohani Ibrahim berkata, kolaborasi U-KeKWa) – MCC memainkan peranan penting dalam memastikan seni warisan tersebut terus relevan dan dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.
Menurutnya, kolaborasi U-KeKWa-MCC memainkan peranan penting dalam memastikan seni warisan tersebut terus relevan dan dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.
Beliau menyatakan bahawa hasrat tersebut terus diperkukuh menerusi penganjuran Majlis The Textile Project (TTP) Soirée yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, hari ini.
“Majlis berkenaan mengetengahkan usaha pemeliharaan dan pemerkasaan warisan tekstil khususnya songket dan kelingkan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, penggiat industri serta komuniti.
“Majlis ini menjadi platform strategik dalam mengetengahkan usaha pemeliharaan dan pemerkasaan warisan tekstil negara, khususnya songket dan kelingkan.
“Pada masa sama, ia turut memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, penggiat industri serta komuniti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau merakamkan tahniah kepada MCC atas kejayaan menganjurkan majlis erkenaan yang disifatkan sebagai platform strategik dalam memartabatkan seni warisan negara.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Dato’ Seri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Dato’ Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra.
Sehubungan itu, Rohana menyatakan bahawa sokongan berterusan institusi diraja ini amat bermakna dalam usaha memartabatkan seni warisan negara ke peringkat yang lebih tinggi’
“Semoga inisiatif seumpama ini akan terus diperluaskan bagi memastikan warisan tekstil tradisional negara terus terpelihara dan menjadi kebanggaan generasi akan datang,” katanya.
HARAKAHDAILY 28/4/2026




















