Andalusia tawar hadiah kereta sempena MATTA Fair

Izzati (depan, empat dari kiri) bersama petugas Andalusia sedia menyantuni orang ramai yang berkunjung ke pameran MATTA Fair 2026 di MITEC pada 3 hingga 5 April 2026 ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali umrah dan pelancongan terkemuka, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan tiga tarikan utama sempena penyertaannya dalam MATTA Fair April 2026 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Andalusia, Hajah Izzati Ibrahim, tiga fokus utama tersebut merangkumi promosi istimewa pakej, pembukaan tarikh musim baharu Umrah 1448H serta tawaran cabutan bertuah sebuah Proton Saga MC3 2026 kepada pelanggan bertuah.

- Advertisement -

“Bagi promosi pakej, Andalusia menawarkan diskaun Umrah antara RM100 hingga RM500, manakala pakej pelancongan pula diskaun antara RM50 hingga RM200 sepanjang pameran berlangsung. Tawaran ini dilihat memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan harga lebih berbaloi, khususnya bagi perancangan awal perjalanan”, katanya lagi.

Selain itu, Andalusia turut membuka tempahan awal bagi musim Umrah 1448H bermula Jun 2026 hingga Mac 2027. Langkah ini membolehkan bakal jemaah merancang perjalanan, kewangan dan cuti dengan lebih teratur tanpa terlepas tarikh pilihan.

Hadiah utama cabutan bertuah yang ditawarkan Andalusia ialah sebuah kereta Proton Saga MC3 2026.

Dalam pada itu, tawaran paling istimewa ialah cabutan bertuah sebuah Proton Saga MC3 2026 kepada pelanggan yang mendaftar pakej bernilai minimum RM5,000 seorang. Penyertaan dibuka kepada pelanggan di booth MITEC, cawangan seluruh negara serta pendaftaran secara dalam talian sepanjang tempoh kempen.

Cabutan hadiah utama dijadualkan berlangsung pada hari terakhir pameran iaitu 5 April 2026.

Menurut Izzati, penyertaan kali ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menawarkan pakej kompetitif, fleksibel serta memenuhi keperluan semasa pelanggan.

Orang ramai turut dijemput mengunjungi booth Andalusia di MITEC bagi mendapatkan maklumat lanjut serta peluang menyertai tawaran yang disediakan. -HARAKAHDAILY 3/4/2026

- Advertisement -