Hizbullah lancar 1,100 serangan sasar Israel

- Advertisement -

BEIRUT: Kumpulan pejuang Islam Lubnan, Hezbullah telah melancarkan 1,100 operasi terhadap sasaran Israel sejak 2 Mac 2026

- Advertisement -

Hizbullah dalam kenyataan ringkas media ketenteraannya pada lewat Ahad, ia mengesahkan perkara tersebut, sambil menegaskan operasi itu dilancarkan  demi untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya”sejak permulaan serangan Israel ke atas Lubnan.

Tentera Israel telah menggempur Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di selatan Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh Hizbullah pada 2 Mac.

Pihak berkuasa Lubnan berkata, sekurang-kurangnya 1,228 orang telah terkorban  dan 3,543 cedera dalam serangan Israel.

Peningkatan itu berlaku di tengah-tengah serangan bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran yang telah membunuh lebih daripada 1,340 orang sejak 28 Februari.

Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel dan pangkalan AS di negara-negara Teluk. – HARAKAHDAILY 30/3/2026

- Advertisement -