Perpaduan dalam kepelbagaian: Kekuatan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perpaduan yang utuh dalam kepelbagaian merupakan kekuatan sebenar Kelantan.

Beliau berkata, perbezaan budaya dan bangsa bukanlah penghalang untuk rakyat terus saling menghormati serta meraikan perayaan dalam suasana penuh harmoni.

- Advertisement -

“Perbezaan budaya dan bangsa bukanlah penghalang untuk kita saling menghormati dan meraikan dalam suasana penuh harmoni.

“Inilah kekuatan sebenar Negeri Kelantan, perpaduan yang utuh dalam kepelbagaian, demi merealisasikan aspirasi Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera,” katanya.

Beliauberkata demikian ketika menyantuni 98 wakil kaum dan penjawat awam bukan Islam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Pendekatan inklusif yang diamalkan kerajaan negeri membuktikan komitmen berterusan dalam memupuk semangat muhibah dan memperkukuh perpaduan antara kaum, khususnya dalam struktur pentadbiran negeri,” katanya lagi.

Majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, merupakan tradisi tahunan bagi meraikan komuniti bukan Islam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.

Mereka yang diraikan adalah lantikan politik seperti penghulu wakil kaum bukan Islam, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan Islam dan penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Pada majlis berkenaan, Nassuruddin turut menyampaikan buah limau serta angpau kepada para penerima sempena sambutan perayaan tersebut. –HARAKAHDAILY 3/3/2026

- Advertisement -