
Saya mengikuti dengan minat ucapan sulung ADUN Karambunai, Datuk Dr. Aliakbar semalam dalam sidang DUN Sabah.
Menariknya, ucapan beliau bukan sahaja mendapat perhatian orang awam malah juga dipetik oleh media arus perdana dan media alternatif.
Terima kasih diucapkan kepada Astro AWANI, Sabah Info, Sayang Sabah dan media-media lain yang membuat liputan ucapan tersebut.
Berdasarkan penelitian saya, ucapan berdurasi sekitar 12 minit itu menyenaraikan sekurang-kurangnya sembilan peringatan penting kepada wakil rakyat dan pemimpin negeri.
Selain itu, Datuk Pesuruhjaya PAS Sabah itu juga membawakan sekurang-kurangnya empat su rakyat beserta cadangan kepada kerajaan.
Berikut merupakan ringkasan ucapan tersebut.
Sembilan pesanan buat pemimpin dan wakil rakyat:
1. ๐๐ช๐๐จ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐๐ฃ๐๐, ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ข๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐.
Setiap jawatan dan keputusan akan dipersoalkan oleh rakyat dan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan.
2. ๐๐๐ฅ๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ฉ๐๐ง๐๐จ๐ ๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ ๐ช๐ฉ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ช๐๐๐ฃ, ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐จ๐๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฉ๐๐ฃ.
Pemimpin sejati lebih bimbang akan dosa dan kelalaian daripada kehilangan kedudukan atau pujian manusia.
3. R๐๐จ๐ช๐๐ ๐๐๐ฃ ๐จ๐๐ก๐๐ ๐๐ช๐ฃ๐ ๐ ๐ช๐๐จ๐ ๐ข๐๐ง๐ค๐จ๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐ข๐๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ ๐ฃ๐๐๐๐ง๐.
Ia bukan sekadar kesalahan pentadbiran, tetapi pengkhianatan amanah yang melemahkan negeri dan menindas rakyat.
4. I๐ฃ๐ฉ๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ ๐๐ก๐ค๐ก๐ ๐ ๐๐ฌ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ข๐๐จ๐ฉ๐ ๐ฉ๐๐๐ช๐.
Perolehan perlu telus, projek sampai kepada rakyat, dan janji diterjemah kepada tindakan.
5. ๐ฝ๐๐ก๐๐ฃ๐๐๐ฌ๐๐ฃ ๐ข๐๐จ๐ฉ๐ ๐๐๐ง๐๐๐ฌ๐ ๐ง๐๐ ๐ฎ๐๐ฉ.
Bukan sekadar angka besar, tetapi benar-benar membantu golongan terpinggir, membuka peluang kepada anak muda, dan memperbaiki kehidupan seharian rakyat.
6. ๐๐๐ข๐๐๐ฃ๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐ข๐๐จ๐ฉ๐ ๐๐๐ง๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฉ๐, ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ง๐๐ฉ๐ค๐ง๐๐ .
Kekayaan di atas kertas tidak bermakna jika rakyat masih susah di lapangan.
7. K๐๐ฅ๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐ช๐ ๐ ๐๐ก๐ – ๐ค๐ก๐๐ ๐ข๐๐ฃ๐ช๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ช๐๐๐ฃ.
Keadilan Tuhan lebih berat tetapi lebih adil, maka amanah tidak boleh dipermainkan.
8. ๐๐๐ฅ๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ค๐ก๐๐, ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ฅ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐จ๐๐ง๐๐๐ ๐๐ฃ.
Tugas utama pemimpin ialah menjaga hak rakyat dan kepentingan negara, bukan kepentingan diri.
9. ๐ ๐๐ฌ๐๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ช๐๐๐๐ฃ, ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ ๐๐ข๐ช๐ก๐๐๐๐ฃ ๐๐ช๐ฉ๐ค๐ข๐๐ฉ๐๐ .
Tanpa amanah dan tanggungjawab, kuasa akan menjadi kehinaan dan penyesalan di akhirat.
Empat isu rakyat:
1. J๐๐ก๐๐ฃ ๐ง๐๐ฎ๐ ๐ง๐ค๐จ๐๐ , berlubang dan tidak diselenggara dengan konsisten bukan masalah kekurangan bajet tetapi kegagalan kaedah penyelenggaraan.
CADANGAN : Kontrak penyelenggaraan jalan berasaskan prestasi, penilaian berkala dan penalti terhadap kerosakan berulang, penyelenggaraan pencegahan, bukan hanya tampalan sementara.
2. M๐๐จ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ง ๐ข๐๐จ๐๐ ๐๐๐ง๐ฉ๐๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ.
Walaupun pengeluaran tinggi tapi terjejas disebabkan NRW tinggi menjangkau 40% dan kecurian air oleh setinggan haram.
CADANGAN : Kerajaan kena laksanakan ‘Polisi Setinggan Sifar’ untuk atasi masalah ini. Bukan merobohkan rumah setinggan, tapi menguruskan setinggan agar lebih baik sekaligus semua rakyat yang berhak menerima haknya.
3. ๐๐จ๐ช ๐ฃ๐๐ก๐๐ฎ๐๐ฃ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐ข๐๐ ๐๐ฃ ๐ ๐๐ ๐ช๐ง๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ข๐ฅ๐๐ฉ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐ฅ๐๐ข๐๐๐ฃ๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ.
CADANGAN : Kerajaan melepaskan tukun-tukun tiruan di kawasan tertentu bagi menggalakkan lokasi penangkapan ikan.
4. ๐๐๐จ๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ช๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐๐ง ๐ ๐ค๐ข๐๐ง๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ข ๐ ๐๐ก๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ค๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐ฌ๐๐ข.
CADANGAN : Kerajaan perlu mewajibkan pemaju melaksanakan ‘Rain Water Harvesting’ di taman-taman perumahan baharu sebagaimana dibuat negara maju. Air hujan ini dapat digunakan untuk tujuan domestik seperti cuci kereta, di tandas dan lain-lain.
Datuk dalam akhir perbahasan juga merakamkan ucapan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian di Sabah dan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat.
Kemudian ucapan itu ditutup dengan pernyataan menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri.
MUSTAMAN MUSTAIN
Ketua Penerangan PAS Sabah
– HARAKAHDAILY 17/12/2025




















