Menteri baharu perlu sedia jadi sasaran marah rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang baru dilantik ke portfolio itu perlu berhadapan sasaran kemarahan rakyat dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) 2025.

- Advertisement -

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, ART dikritik hebat didakwa berat sebelah, bahkan ada pihak menyuarakan kebimbangan negara mungkin terpaksa mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

Menurut beliau, perlantikan tersebut dibuat selepas Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak berada dalam senarai kabinet kerajaan kerana perkhidmatan sebagai senator berakhir pada 2 Disember lalu.

“Joe (Johari Abdul Ghani) kena jadi ‘punching bag’ (kerana) ambil tempat Tengku Zafrul Abdul Aziz bawa perjanjian (ART) Amerika Syarikat,” tulis beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Isham menambah, rombakan kabinet diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim 16 Disember lalu menyaksikan penguguran dua menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau mempersoalkan kenapa kedua-dua tokoh tersebut digugurkan dari anggota pentadbiran kerajaan, apatah lagi status senator boleh disambung selagi belum mencapai dua penggal atau enam tahun.

Menurutnya penguguran itu dibuat antaranya selepas Mohd Na’im menyatakan pendirian tegas terhadap gaya hidup LGBT yang merupakan fahaman bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya Malaysia.

Manakala katanya, Ahli Parlimen Sekijang pula didakwa pernah memesongkan fakta di Parlimen berkaitan polemik status tanah Kampung Sungai Baru selain menyembunyikan dokumen adendum Najib Tun Razak.

“Zaliha, Naim, kenapa Anwar ‘drop’ kamu? Apa kes? Tak ‘perform’ kes Kampung Sungai Baru ke? Kes spa (pusat kesihatan dan kecantikan) lelaki ‘tiada mangsa’ suka sama suka kena tangkap ke? Kes apa ya?

“Atau kamu memang tak perform? Tapi Anthony Loke yang tak perform bocor sana rosak sini itu masih jadi menteri pula dan kelmarin ugut konon DAP nak tarik diri. Fadhlina pun ada lagi?” soal beliau. – HARAKAHDAILY 17/12/2025

- Advertisement -