Peruntukan Pusat kepada Kelantan tidak berubah

Dato’ Dr Izani Husin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diminta menyemak semula peruntukan kepada Kelantan masih lagi tidak berubah sejak daripada dahulu.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata, sepatutnya kerajaan pusat mengkaji balik jumlah peruntukan kepada Kelantan.

Katanya jumlah peruntukan itu tidak berubah sejak dahulu.

“Perkara itu saya bangkitkan kepada Menteri Ekonomi ketika sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-13 di Kota Darulnaim baru-baru ini.

“Jadi kita harap kerajana pusat kena tengok balik jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Kelantan yang masih tidak berubah,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2025 pada sidang DUN hari ini.

Semalam Adun Melor Wan Rohimi Wan Daud ketika membahas Belanjawan 2025 berkata, peruntukan kerajaan pusat kepada Kelantan dianggap sebagai tidak wajar.

Menurutnya penurunan peruntukan kerajaan persekutuan dapat dilihat pada tahun 2023 sebanyak RM319.58 juta berbanding RM449.54 (2022).

“Ini menunjukkan kerajaan Kelantan tidak diberi peruntukan yang sewajarnya,” kata Wan Rohimi. – HARAKAHDAILY 25/11/2024

- Advertisement -