12 negeri alami ribut petir, hujan lebat, angin kencang hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 12 negeri sehingga jam 5 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Perak. Ia meliputi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan pula melibatkan lima kawasan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Terengganu pula melibatkan kawasan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Seterusnya turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron dan Raub,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Sementara di Selangor pula melibatkan beberapa kawasan iaitu di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang. 

Seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Tiga tempat di Johor juga diramalkan akan mengalami cuaca sama,melibatkan kawasan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula melibatkan dua kawasan iaitu Miri dan Limbang. 

Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/10/2024

- Advertisement -