
KUALA LUMPUR: Adik Presiden Umno, Datuk Abdul Hakim Hamidi telah menyerahkan surat bagi mendaftarkan dirinya sebagai ahli PAS seumur hidup.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki memaklumkan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar.
Dalam video yang dikongsi di laman Facebook PAS Parit Buntar tersebut, borang keahlian itu telah diserahkan Abdul Hakim kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Misbahul berkata, adik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Abdul Hakim Hamidi telah mendaftarkan diri sebagai ahli Pas seumur hidup.
“Beliau sendiri telah menyerahkan surat keahlian PAS kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan UMNO yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/10/2024




















