
BEIJING: Syarikat gergasi teknologi, China Baidu (Baidu) merancang untuk melancarkan perkhidmatan robotaxis atau ‘teksi robot’ di luar Chinauntuk memasuki pasaran global sebagai pemacu autonomi.
Syarikat yang berpangkalan di Beijing itu berharap untuk menguji dan menggunakan apliaksi robotaxis, Apollo Go di tempat-tempat termasuk Hong Kong, Singapura dan Timur Tengah, lapor Nikkei Asia.“
Baidu telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dan pengawal selia di tempat tersebut,” tambah laporan itu.
Apollo Go berhasrat untuk melepaskan versi baru platform memandu autonomi, Apollo 10.0, yang ‘direka untuk penghuni global’, lapor pula The Wall Street Journal.
Terdahulu, Baidu sudah mengendalikan perkhidmatan robotaxis di beberapa bandar di China, yang mana ia menyediakan hampir 900,000 pengambilan penumpang pada suku kedua tahun ini – meningkat 26 peratus tahun ke tahun.
Lebih daripada tujuh juta perkhidmatan robotaxis secara keseluruhannya telah dikendalikan setakat akhir Julai 2024.
Sementara itu, syarikat pengendali robotaxisChina yang lain juga sedang mencari untuk merebut peluang.

Tesla perkenal cybercab di Hollywood
Terdahulu, Pony. ai yang berpangkalan di Singapura, Comfort DelGro telah menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) pada Julai lalu untuk meneroka operasi robotaxis komersial berskala besar.
“(Kerjasama) akan memperluaskan faedah pemanduan autonomi kepada khalayak yang lebih luas dan ke lebih banyak wilayah, mewujudkan nilai kepada lebih ramai orang dan masyarakat,” kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pony.ai, James Peng.

Pony.ai juga telah memulakan perkongsian pemanduan autonomi di Korea Selatan, Luxembourg, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sementara itu, Weride dan gergasi raksasa Uber pula mengumumkan perkongsian pada bulan September yang akan membawa kenderaan firma China itu ke platform Uber di Emiriah Arab Bersatu, lapor Reuters.
Pada Julai 2023, Weride telah diberikan lesen kebangsaan pertama dan satu-satunya di UAE untuk kenderaan yang memandu secara sendiri, yang membolehkannya menguji dan mengendalikan robotaxis di jalan awam di seluruh negara itu.

Sementara Tesla juga bersedia untuk memperkenalkan robotaxis keluarannya yang tertangguh pada hari Khamis (10 Okt), di sebuah studio filem di Hollywood.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah mengatakan bahawa kenderaan yang dilabelkannya sebagai cybercab (atau teksi siber) itu berada di bawah platform Tesla Ride-hailing.
Musk berkata pada 2019 dia ‘sangat yakin’ syarikat itu akan menjalankan operasi robotaxis menjelang 2025.
Namun pada tahun ini, beliau telah menangguhkan rancangan itu, sedangkan China sebaliknya telah mula membenarkan pelbagai tahap ujian dan penggunaan jalan untuk kenderaan taksi memandu sendiri itu, satu langkah yang juga dibuat oleh negara-negara lain seperti Singapura dan Jepun.
Robotaxi dan robobus
Reuters melaporkan pada bulan Ogos bahawa sekurang-kurangnya 19 bandar raya di China menjalankan ujian robotaxi dan robobus (bas robot) – tujuh telah meluluskan ujian tanpa pemantau pemandu manusia oleh sekurang-kurangnya lima peneraju industri terdiri daripada Apollo Go, Pony.ai, WeRide, AutoX dan SAIC Motor.

Namun, peningkatan paksi kuasa robot di jalan-jalan raya China telah disambut dengan kegusaran di tengah-tengah kebimbangan keselamatan dan kebimbangan terhadap prospek pekerjaan tujuh juta pemandu pengangkutan China yang berdaftar.
Pada Julai tahun ini, sebuah kenderaan Apollo Go telah melanggar pejalan kaki di Wuhan. Rakaman kemalangan itu menjadi tular, mencetuskan perdebatan mengenai isu yang dicipta oleh robotaxi, lapor akhbar China, Sixth Tone.
Penduduk Wuhan juga mengadu bahawa robotaxis telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dengan memandu perlahan dan berhenti tanpa diduga.

Sementara itu, memandangkan robotaxis mempercepatkan dan mengangkut lebih banyak penumpang, golongan pemandu kenderaan awam di China telah menyuarakan kebimbangan mengenai mata pencarian mereka dalam industri yang telah pun melihat amaran tentang keadaan ‘terlebih tepu’ berkenaan.
Sejak April tahun ini, sekurang-kurangnya lapan bandar di China telah mengeluarkan notis kepada pemandu serta usahawan yang ingin memulakan platform pengangkutan dalam talian.
Persaingan yang semakin sengit bermakna ramai pemandu berpendapatan kurang berbanding sebelum ini, dan ada juga yang diberi tanggapan palsu oleh perekrut tentang apa yang mereka boleh perolehi. -Agensi/– HARAKAHDAILY 11/10/2024




















