Kemalangan maut di Jalan KL – Ipoh: Mangsa tercampak ke jalan raya

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Kaunter aduan trafik Hulu Selangor telah menerima makluman satu kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan sebuah basikal di Jalan Kuala Lumpur (KL) – Ipoh pada jam 9.20 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohd Asri Mohd Yunus, berkata siasatan awal mendapati kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan sebuah basikal.

- Advertisement -

“Pemandu kereta iaitu perempuan Melayu, 36, dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Jalan KL – Ipoh secara tiba-tiba dilanggar oleh sebuah basikal yang datang dari arah bertentangan. 

“Penunggang basikal warganegara India, 40, telah tercampak ke tengah jalan raya. 

“Penunggang basikal disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Mohd Asri berkata, post-mortem akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, pihak polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan. – HARAKAHDAILY 19/9/2024

- Advertisement -