Muktamar Dewan Pemuda PAS 2024: ‘Kita jumpa di sana’ 

Abu Umair Jamaludin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Di sinilah kita akan lihat dari segi ukhwahnya, muhasabahnya, laporan-laporan program dan sebagainya.”

Itu sedikit maklumat yang dikongsikan Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Abu Umair Jamaludin mengenai Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2024 yang bakal berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang pada esok, Rabu (11 September) hingga lusa, Khamis (12 September)

- Advertisement -

Menurutnya dalam satu kenyataan, Pemuda PAS Negeri Selangor tidak ketinggalan akan turut serta dalam Dewan Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-65 itu.

“Jadi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan juga Pemuda-Pemuda PAS khususnya serta perwakilan, jangan lupa Pemuda PAS Selangor insya-Allah akan berhimpun dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ini.

“Kita jumpa di sana,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/9/2024

- Advertisement -