
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Sidang Kemuncak SG4 memperlihatkan keazaman bersama negeri-negeri tersebut untuk mempercepatkan pembangunan dan kemajuan di kawasan masing-masing.
“Sidang Kemuncak SG4 telah menerima perkongsian bermanfaat daripada tokoh negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai.
“Sidang ini menghimpunkan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, ADUN serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.
“Ini merupakan langkah mula yang baik dan wajar diberikan sokongan untuk memastikan negeri-negeri yang sekian lama terkebelakang ini dapat melakukan pecutan bersama,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sidang Kemuncak SG4 bersama kepimpinan kerajaan negeri Terengganu di Bangi semalam.
“Doakan yang baik-baik untuk negeri-negeri ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/9/2024




















