Islam model pertama dalam perniagaan

- Advertisement -

BANGI: “Menjadi kelaziman kabilah Quraisy yang tinggal di Mekah melakukan perjalanan musafir di musim sejuk dan musafir di musim panas. Mereka mengabdikan diri kepada Allah yang mengurniakan makanan kepada mereka dan mengamankan mereka daripada ketakutan.”

Penasihat SG4, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak SG4 yang berlangsung di sini, hari ini.

Katanya, kalau dilihat sejarah tamadun Islam, model ditunjuk oleh Allah SWT kepada manusia dan ke seluruh dunia, walaupun dalam keadaan tamadun barat yang menciplak tamadun Islam yang sempurna, maka berlaku kelemahan-kelemahan yang ketara.

- Advertisement -

“Islam telah menunjuk satu model yang sangat menarik daripada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Mereka memilih Mekah, lembah yang tidak mempunyai sumber tanaman, kering kontang, menjadi tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Melalui perintah Nabi Ibrahim AS meletakkan keluarga di situ untuk melahirkan Nabi akhir zaman kepada seluruh manusia, tercipta satu kaum yang dikenali dengan kaum Quraisy tinggal di Mekah yang kering.

“Hati mereka cenderung kepada Kaabah, Mekah dan telaga zamzam yang berkat. Apabila menyambung hidup, mereka mesti mencari sumber kehidupan lalu mereka melakukan perjalanan musim sejuk ke Yaman. Manakala, apabila musim panas mereka pergi ke negeri Syam,” katanya.

Tambah beliau lagi, Yaman adalah pelabuhan negeri-negeri Timur, Parsi, India Timur dan lain-lain sementara Syam adalah pelabuhan negeri barat peringkat utara dan Asia tengah, maka menemukan Timur dan Barat.

“Mereka pergi ke Yaman membeli barangan Yaman dan membawa balik membawa balik ke Mekah, dan sebahagiannya di bawa balik ke Syam. Mekah telah menjadi pusat ekonomi segar dan subur,” ujarnya.

Justeru Tuan Guru berkata, kesannya dapat dilihat pada hari ini, masyarakat dari pelosok dunia pergi mengerjakan umrah.

“Mereka diatur oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang pintar dan cerdik. 

“Nabi Muhammad SAW memberitahu Ali bin Abi Talib supaya memulangkan barang-barang yang disimpan di rumahnya kepada penduduk Mekah yang bukan Islam.

“Ahli ekonomi Islam mengatakan rumah Nabi Muhammad SAW adalah bank, tempat simpanan untuk orang Islam dan bukan Islam,” jelasnya.

Katanya lagi, apabila Nabi Muhammad SAW hendak berhijrah, Baginda tidak mengambil barangan tersebut malah memulangkan semula.

Ini, ujarnya menunjukkan Allah SWT mengatur salah satu ekonomi merupakan salah satu perniagaan dalam Islam.

“Para ulama mengatakan 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan. Nabi Muhammad SAW mengajak pemimpin Mekah menegakkan sebuah negara di Mekah berasaskan petunjuk daripada Allah SAW. Namun, pemimpin Mekah menolak tawaran itu.

“Namun demikian, Kaum Aus dan Khazraj mengetahui Nabi akhir zaman akan lahir, lalu mereka memeluk Islam dan menerima Nabi masuk Islam.

“Masjid Nabawi adalah pusat pentadbiran dan bukannya rumah ibadah sahaja. Tempat rombongan untuk pentadbiran.

“Manakala pasar Madinah dijadikan tempat perniagaan bagi masyarakat majmuk yang menerima bersama pemerintah Islam sama ada penganut Islam mahupun bukan Islam,” jelasnya.

Tuan Guru turut berkata, keamanan di Madinah mendapat kepercayaan bagi seluruh penduduk di sekeliling Arab.

“Pengaruhnya berkembang ke nergara Parsi dan Rom. Keadaan ini menyebabkan kuasa-kuasa besar mengerah tenaga untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

“Namun mereka gagal, kerana negara Islam telah bersambung selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,” terangnya. – HARAKAHDAILY 2/9/2024

- Advertisement -