Ahmad Fadhli bidas kenyataan Mohd Puad 

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Mentang-mentang PAS tak menang di Sabah (Ahli Majlis Kerja Tertinggi/MKT Umno) Datuk (Dr Mohd Puad Zarkashi) kata PAS mimpi di siang hari.”

Itu respons Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengenai kenyataan media Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada hari ini yang menyifatkan PAS bermimpi di siang hari apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dan memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah yang akan datang.

- Advertisement -

Malah Mohd Puad dilaporkan sebagai berkata, PAS sukar menang walaupun satu kerusi di Sabah.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli membidas kenyataan Mohd Fuad dengan mempersoalkan berapa kerusi dikuasai Umno di Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Berapa kerusi Umno ada di Kelantan, sekadar cukup untuk batu nisan kan?

“Di Selangor dan Pulau Pinang pula, berapa kerusi Umno ada dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini?

“Di semua negeri itu terutama di negeri yang Umno langsung tiada kerusi, adakah Umno masih mengigau?” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Sehubungan itu, Fadhli menyatakan beliau sebenarnya tidak gemar untuk melakukan sebarang konfrontasi dengan mana-mana ahli Umno.

Kata beliau lagi, tujuan kenyataan balas ini dilakukan hanya untuk ditujukan kepada Mohd Puad semata-mata.

“Saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa tetapi jika beliau yang memulakan terlebih dahulu apa salahnya kan?” katanya. – HARAKAHDAILY 2/9/2024

- Advertisement -