
KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian tanah mendap dilaporkan pada hari ini (28 Ogos) yang berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus atau lebih tepat, lubang benam di Jalan Masjid India pada Jumaat (23 Ogos) lepas.
Kejadian tanah mendap terbaharu seluas dua kaki (61 sentimeter) itu dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi tadi ekoran hujan lebat dan ribut pada malam tadi.
Walau bagaimanapun, tinjauan lokasi mendapati kawasan itu telahpun ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu, orang awam dan peniaga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.
Terdahulu, insiden pada Jumaat (23 Ogos), pada jam 8 pagi di Jalan Masjid Masjid itu membabitkan seorang mangsa, pelancong dari India, Vijayaletchumy, 48, yang masih hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam tersebut. – HARAKAHDAILY 28/8/2024




















