Kes Pavel Durov: Taikun medsos kecam kerajaan Perancis 

Pavel Durov. (FOTO: Optika.id)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR/PARIS: Tindakan kerajaan Perancis menahan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi Telegram, Pavel Durov dikecam hebat oleh ramai taikun aplikasi media sosial dunia (medsos) dengan menyatakan ia menghalang kebebasan bersuara.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata, kerajaan Perancis bertindak mendesak syarikat-syarikat medsos agar tunduk kepada undang baharu Kesatuan Eropah (EU) yang mengenakan pelbagai sekatan. 

- Advertisement -

“Ramai taikun aplikasi media sosial seperti pemilik X, Elon Musk dan CEO Rumble, Chris Pavloski mengecam tindakan kerajaan Perancis  kerana mengenakan pelbagai sekatan terhadap kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat secara bebas dan telus.

“Oleh itu, Telegram adalah satu-satunya aplikasi media sosial yang memberikan kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat secara telus. 

“Perang proksi Barat di Ukraine dan kekejaman Israel di  SemenanjungGaza dikatakan adalah punca utama tindakan diambil ke atas Pavel Durov,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini mengenai Durov, 39, yang merupakan usahawan ternama Rusia.

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, Durov juga dikatakan enggan bekerjasama dengan negara yang lain khususnya dari Barat.

Tambah Khalil, negara Barat berusaha menghalang penyampaian maklumat secara bebas dan telus demi mempertahankan intergriti Telegram, kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat secara telus dan tepat.

“Semoga kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat secara telus terus terpelihara demi menjamin keamanan dan kemakmuran sejagat,” katanya.

Terdahulu, Durov yang merupakan seorang bilionair dengan aset kekayaan AS$15.5 bilion ditahan di lapangan terbang Bourget, Paris, petang 24 Ogos, lapor media Perancis, TF1 TV dan BFM TV.

Aplikasi Telegram yang memiliki pengaruh meluas di Rusia, Ukraine dan republik bekas Kesatuan Soviet disenaraikan sebagai satu daripada platform media sosial utama selepas Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram, TikTok dan Wechat.

Elon Musk

Sementara itu, wakil Rusia bagi organisasi antarabangsa di Vienna, Mikhail Ulyanov dan beberapa ahli politik Rusia yang lain menuduh Perancis bertindak sebagai diktator.

“Sesetengah orang yang naif masih tidak memahami bahawa jika mereka memainkan peranan yang lebih atau kurang dalam ruang maklumat antarabangsa, maka tidak selamat untuk melawat negara yang bergerak ke arah masyarakat totalitarian,” kata Ulyanov di platform X.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan blogger di Rusia turut menggesa diadakan protes di kedutaan Perancis. – HARAKAHDAILY 28/8/2024

- Advertisement -