
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri sehingga jam 4 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat adalah di negeri Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
“Selain itu, kawasan di Johor adalah Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/8/2024




















