Raih pingat emas SUKMA 2024: Fu Ceen peluk agama Islam

Fu Ceen Put Thai atau nama Islamnya, Fathurrahman.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Atlet taekwando Terengganu, Fu Ceen Put Thai yang meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Bumi Kenyalang, Sarawak menerusi acara kyorugi kategori lelaki bawah 63 kilogram, mengumumkan dia telah memeluk agama Islam.

Dalam saingan acara berkenaan, Fu Ceen berjaya menewaskan peserta Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan 13-2.

- Advertisement -

Menerusi video berdurasi pendek dikongsikan oleh pengguna TikTok, @timothyzxhra yang sudah mencecah kepada 1.5 juta jumlah tontonan dan 162.1 ribu tanda suka memaparkan situasi ketika Fu Ceen mengibarkan bendera Terengganu selepas meraih pingat emas tersebut.

Apa yang menarik, atlet berusia 22 tahun itu telah melakukan sujud syukur di hadapan khalayak ramai termasuk orang tuanya.

Menurut Fu Ceen yang memilih nama Islamnya, Fathurrahman dan kini berada dalam program atlet pelapis kebangsaan yang baru disertainya pada tahun ini, dia telah memberitahu ahli keluarganya mengenai dirinya yang telah memeluk Islam selepas berjaya meraih pingat emas tersebut.

“Saya sebenarnya telah memeluk Islam pada Disember tahun lepas.

“Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu saya kerana saya memang selalu meluangkan masa dengan mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/8/2024

- Advertisement -