‘Plot twist’ kes 2 kanak-kanak ‘hilang’ dalam lif

Rakaman CCTV menunjukkan dua detik sebelum kanak-kanak terperangkap selama 9 jam dalam lif yang dinaiki di bangunan pangsapuri kediaman mereka di Desa Petaling, Kuala Lumpur. (FOTO: TikTok @centroybimmers)
- Advertisement -

PETALING JAYA: Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang rupa-rupanya terperangkap di dalam lif selama 9 jam didakwa sebenarnya telah melakukan vandalisme di dalam lif tersebut.

Terdahulu dalam kekecohan tersebut, warganet telah menyalahkan pengawal keselamatan dan pihak pengurusan kediaman atas kecuaian mereka berkaitan bangunan pangsapuri di Desa Petaling itu, sehingga dua adik-beradik masing-masing bersusia 11 dan 10 tahun itu terperangkap di dalam lif berkenaan dalam tempoh yang lama.

‘Plot twist’ insiden itu terbongkar apabila seorang individu telah berkongsi video rakaman litar tertutup (CCTV) punca kejadian sebenar kejadian melalui akaun TikToknya @centroybimmers.

- Advertisement -

Video tersebut memaparkan dua kanak-kanak itu telah meletakkan selipar di tengah-tengah pintu lif, sehingga menyebabkan sistem ‘auto lock’ diaktifkan dan pergerakan lif diberhentikan.

“Lif di blok 59 (yang terlibat dalam kejadian) berjalan dengan baik dan tiada kerosakkan.

“Disebabkan vandalisme yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dengan meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif, sistem ‘auto lock’ telah diaktifkan dan operasi lif tersebut akan terus berhenti,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendangan bahawa insiden ini telah memberi pengajaran besar kepada netizen dan diharapkan menjadi iktibar buat dua kanak-kanak terbabit.

Selain itu, netizen juga berharap pihak keselamatan dan pengurusan kediaman boleh mengambil tindakan susulan insiden tersebut. – HARAKAHDAILY 21/8/2024

- Advertisement -