Bangunan di Israel dilanda kebakaran besar

Kebakaran besar sebuah bangunan di Tel Aviv ini turut memusnahkan puluhan kenderaan. (FOTO: Republic World)
- Advertisement -

TEL AVIV: Kebakaran besar berlaku dan melanda sebuah bangunan pejabat bersama-sama dengan berpuluh-puluh kenderaan yang diletakkan berhampiran yang membawa kepada kekecohan besar di kawasan tersebut.

Menurut laporan Pihak Berkuasa Bomba dan Penyelamat Daerah Dan, kebakaran yang berlaku di Jalan Chai Adam itu merebak dengan cepat dan melibatkan garaj serta bangunan pejabat yang terletak bersebelahan, lapor Republic World.

“Api telah dapat dikawal. Beberapa kenderaan musnah dalam kebakaran itu. 

“Sebanyak sepuluh pasukan pemadam kebakaran beroperasi di tempat kejadian di bawah arahan Cif Inspektor Moti Yehezkel.

- Advertisement -

“Empat pasukan pada mulanya tiba di tempat kejadian, dan enam pasukan lagi dihantar kemudian,” kata laporan itu.

Maklumat berhubung kebakaran itu diterima kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan, apabila pusat kecemasan 102 Daerah Dan menerima panggilan mengenai pokok yang terbakar di selatan Tel Aviv.

Komander stesen Tel Aviv-Jaffa,Timbalan Pesuruhjaya Avi Yehuda; Timbalan Komander Balai merangkap Timbalan Pesuruhjaya Yaron Korolitsky; dan pegawai operasi daerah, Timbalan Pesuruhjaya Meirav Samet dilaporkan turut berada di lokasi kejadian. -Agensi/– HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -