Lelaki perlu bijak uruskan wanita

- Advertisement -

ORANG lelaki haruslah bijaksana dalam mengurus orang perempuan. Perangai yang bermacam-macam ragam kerana emosinya lebih. Oleh sebab itu, perempuan tidak boleh menjadi hakim terutama dalam kes jenayah.

Kalau dalam kes yang melibatkan harta, tidak mengapa. Sebab kes jenayah adalah berat, lagi-lagi kes rogol. Perempuan akan mudah terbawa-bawa dengan emosinya.

- Advertisement -

Namun kerana emosi, dia sesuai mengandung dan melahirkan. Tidak bagi orang lelaki. Kalau orang lelaki menjaga anak, dia yang tidur terlebih dahulu. Kalau anak kencing atau membuang najis terkena muka, orang lelaki tidak ‘relax’.

Jadi, Allah mencipta sedemikian kerana peranan masing-masing tidak sama tetapi menjadi pelengkap atau ‘complementary’.

Kalau mengikut fahaman Cina lama ada konsep Yin dan Yang. Simbol ini biasa dapat ditemui di atas pintu rumah mereka. Dalam tengah bulatan, ada simbol berudu yang berwarna hitam dan putih masing-masing bermaksud lelaki dan perempuan.

Lapan sudut yang dinamakan sebagai “I Ching” atau sesetengah pendapat mengatakan bahawa ia melambangkan lapan malaikat.

Alam ini terbentuk daripada unsur lelaki dan perempuan atau ‘Male And Female Of The Universe’. Rumahtangga mestilah lelaki dan perempuan, barulah tujuan kahwin tercapai iaitu seimbang.

Nabi Adam hidup lama di dalam kenikmatan syurga. Allah memerhatikannya dan sesuai dengan perancangan-Nya, maka Allah mencipta pasangan kepadanya yang bernama Hawa.

Ketika Nabi Adam tidur, Allah mencipta Hawa sebagai sahabatnya di dalam syurga. Apabila celik mata, baginda terkejut kerana melihat Hawa yang tiba-tiba muncul (Rujuk Tafsir Ibnu Kathir 2:206).

Nabi ada menyebut dalam hadis:

واسْتَوْصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا؛ فإنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِن ضِلَعٍ، وإنَّ أعْوَجَ شَيءٍ في الضِّلَعِ أعْلاهُ، فإنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وإنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أعْوَجَ، فاسْتَوْصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا
Maksudnya, “Dan perlakukanlah wanita dengan baik, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berbuat baiklah kepada wanita.”
(Rujuk Riwayat Imam Bukhari:5186 & Imam Muslim: 1468). – HARAKAHDAILY 15/8/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -