Solidariti Al-Aqsa: Anak Malaysia sambut seruan 3 Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Anak Malaysia menyambut seruan 3 Ogos bagi mengingati Hari Solidariti Al-Aqsa seluruh dunia dengan mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan dan pembebasan untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Pengerusi Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia), Mohammad Rosharizan Mohd Rozlan berkata, Anak Malaysia merakamkan ucapan takziah atas kesyahidan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

- Advertisement -

Menurutnya, kehilangan beliau adalah satu tamparan hebat buat seluruh dunia Islam, namun perjuangannya akan terus dikenang dan diperjuangkan.

“Syeikh Ismail Haniyeh merupakan seorang pemimpin utama Hamas yang berdedikasi serta telah memimpin perjuangan rakyat Palestin untuk menuntut kemerdekaan dan kebebasan.

“Beliau juga dikenali sebagai simbol ketahanan dan keberanian dalam menghadapi penindasan dan kekejaman rejim Zionis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Rosharizan

Dalam pada itu, kejadian ini harus menyedarkan kita akan pentingnya solidariti dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam terutama yang berkaitan Al-Aqsa dan Palestin.

Rosharizan juga percaya bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan perlu diteruskan tanpa henti, seperti yang diperjuangkan oleh para syuhada.

“Ini adalah salah satu daripada siri pembunuhan yang telah disaksikan oleh dunia dan menunjukkan betapa kejamnya Israel dan sekutunya,” katanya.

Sementara itu, Anak Malaysia percaya bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan perlu diteruskan tanpa henti, seperti yang diperjuangkan oleh para syuhada.

“Kami mengajak seluruh umat Islam dan ummah global untuk bangkit dan bersatu dalam melawan kezaliman Zionis serta proksi-proksinya.

“Kejadian ini harus menyedarkan kita akan pentingnya solidariti dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam terutama yang berkaitan Al-Aqsa dan Palestin. 

“Kita perlu meneruskan usaha boikot, kecaman terhadap kezaliman Israel dan usaha penerangan isu berkenaan pembantaian ummah di Al-Aqsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024

- Advertisement -