
SOUTHPORT, United Kingdom: Dua kanak-kanak terbunuh dan sembilan lagi cedera – enam daripadanya dalam keadaan kritikal dalam satu ‘serangan ganas’ tikaman di sebuah kelas yoga bertemakan penyanyi tersohor Hollywood, Taylor Swift.
Ketua Polis Merseyside, Konstabel Serena Kennedy berkata, dua daripada cedera itu adalah orang dewasa yang dipercayai bertindak cuba melindungi kanak-kanak berkenaan.
Seorang suspek, lelaki berusia, 17, kelahiran di Cardiff dan tinggal berhampiran Southport telah ditahan, lapor BBC.
Beberapa butiran masih tidak jelas, dan polis berkata penyiasat sedang berusaha untuk menentukan motif kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11 pagi Isnin itu.
Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum tengah hari bergegas ke premis terbabit yang mengadakan kelas yoga bertema Taylor Swift untuk kanak-kanak berumur antara enam hingga 10 tahun itu, sebelum kenderaan polis bersenjata, 13 ambulans dan bomba bergegas ke situ.
“Kami juga telah mendengar laporan daripada saksi, yang menceritakan tentang kejadian ngeri selepas serangan itu, dengan seseorang menyifatkan ia sebagai ‘perkara paling teruk yang pernah dilihat dalam hidupnya’. -Agensi/– HARAKAHDAILY 30/7/2024




















