‘Sepatutnya Nenggiri sudah bertukar wajah tahun lepas lagi’ 

Afnan Hamimi (kanan) dan Zahid Hamidi.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya Nenggiri sudah bertukar wajah tahun lepas lagi. Tidak perlu tunggu Pilihan Raya Kecil (PRK).”

Itu penegasan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden dalam membalas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang  sebelum ini dilaporkan memberi jaminan bahawa Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun, jika BN diberi mandat oleh pengundi PRK Nenggiri kelak. 

- Advertisement -

Menurut Afnan, untuk mengadakan segala pembaharuan di Nenggiri tidak perlu menunggu PRK dan tempoh setahun jika pengundi memberi mandat kepada BN.

“Bukankah Datuk Seri (Ahmad Zabidi) sekarang dah jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM)?

“Bukankah Datuk Seri dah jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar?

“Bukankah Datuk Seri mengetuai agensi-agensi pembangunan luar bandar dan kemajuan Orang Asli?” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Alor Setar juga menyifatkan Pengerusi BN tersebut, tidak serik berjanji seperti janjinya di PRK Sungai Bakap bahawa Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan dua projek jika mereka berjaya tawan Sungai Bakap.

Selain itu, beliau juga meyakinkan bahawa Zahid mahu gelombang kemenangan PRK Sungai Bakap sampai ke Nenggiri.  

“Jika itulah janjinya, pengundi akan memilih Perikatan Nasional (PN). Terima kasih dan teruskan berjanji,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

- Advertisement -