Bakar al-Quran tindakan Islamofobia yang bahaya

Senator Abdul Nasir Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu penghinaan kepada agama Islam seperti membakar al-Quran adalah tindakan ataupun Islamofobia yang bahaya, kata Senator Abdul Nasir Idris.

- Advertisement -

Beliau berkata, kerajaan perlu menangani isu itu dengan sebaik mungkin jika ia berlaku di negara ini.

“Selain itu, adakah al-Quran akan diagihkan kepada golongan yang bukan Islam kerana difahamkan ia akan diagihkan kepada umum?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, berkata kementeriannya membuat beberapa pendekatan terhadap isu Islamofobia melalui pengagihan terjemahan al-Quran di negara Eropah selain Asean.

“Aspek ini sangat penting dan kita merasakan bahawa selepas ini penterjemahan al-Quran bukan sahaja kita memberikan kepada Muslim, tetapi termasuk juga kepada dengan bukan Muslim.

Tahun lalu, media tempatan melaporkan pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm yang bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Justeru, Malaysia mengulangi gesaan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) mengambil tindakan segera dalam menggalakkan penghormatan selain perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama serta memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

- Advertisement -