Masak bubur asyura acara tahunan Masjid Al-Shahab

- Advertisement -

KUBANG PASU: Sudah menjadi tradisi dan acara tahunan Masjid Jamek Al-Shahab, Kepala Batas mengadakan majlis gotong-royong memasak bubur asyura bila tibanya bulan Muharram.

- Advertisement -

Program berkenaan tidak hanya melibatkan masjid berkenaan sahaja, tetapi juga menggabungkan lima buah surau yang terdapat di dalam kariahnya.

Imam Masjid Jamek Al-Shahab, Che Ismail Bakar berkata, melalui program seumpama itu, ukhuwah antara anak-anak kariah lebih terjalin erat.

“Saya juga mengharapkan program sebegini dapat memupuk masyarakat bekerjasama dan tolong menolong antara sama lain,” katanya.

Sebanyak 500 bekas berjaya disiapkan, kemudian diagihkan kepada para petugas dan orang ramai yang hadir.

Antara yang terlibat termasuklah Surau  Kampung Tok Jalai, Surau Kampung Titi Besi, Surau Kampung Hilir, Surau Taman Seri Makmur dan Surau Taman Jalai Jaya.

Sementara nasi putih, gulai daging turut disediakan secara gotong-royong untuk jamuan hadirin yang datang.

Manakala pada sebelah malamnya diadakan Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

- Advertisement -