
KUALA LUMPUR: “Syarikat arak boleh menyumbang ke sekolah, keluhan rakyat di media sosial ditarik tanpa sebab, qunut nazilah pula dianggap ekstrem oleh kerajaan.
“Ini baru sedikit, masih banyak lagi caca marba yang ada dalam tatakelola kerajaan Madani!
“Sampai bila rakyat perlu tersiksa dengan pemerintahan sebegini?”
Itu sedikit sedutan program Bicara HD yang akan kembali pada malam ini, Selasa (30 Julai) dengan tajuk, Nasib Rakyat di Ambang Getir Era Madani yang akan bermula pada jam 9.30 malam.
Istimewanya, ia akan menampilkan dua panel yang dilkenali umum dan sentiasa terkehadapan dalam membicarakan isu-isu semasa dan kebajikan rakyat terdiri daripada Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) merangkap Anggota Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0, Mohd Zai Mustafa (atau Cikgu Zai) dan Peguam merangkap Aktivis Kemanusiaan, Rafique Rashid Ali.
Tugas moderator pula akan dikendalikan oleh pempengaruh media sosial, Suffi Kamari.
Orang ramai boleh menyaksikan Bicara HD tersebut secara dalam talian menerusi laman Facebook, YouTube dan TikTok rasmi Harakahdaily di @harakahdailyHD. –HARAKAHDAILY 30/7/2024











