Tiada cuti gantian Hari Malaysia dan Maulidur Rasul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertindihan tarikh 16 September 2024 yang melibatkan Hari Malaysia dan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) secara rasminya kerajaan mengumumkan tiada cuti gantian pada 17 September 2024.

Pemakluman ini adalah berdasarkan notis yang dikeluarkan daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

- Advertisement -

Sehubungan dengan itu, aturan ini tertakluk di bawah Akta Hari Kelepasan 1951  [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian automatik apabila dua cuti umum bertepatan pada hari bekerja.

Dengan itu, kedua-dua Hari Kelepasan Am yang jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024 tiada cuti umum gantian.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih memiliki kuasa untuk mengisytiharkan hari lain sebagai hari kelepasan am sekiranya ia perlu. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -