Tentera udara Rusia, China jalankan rondaan udara bersama

Skuad udara pengebom strategik Tu-95MS Tentera Aeroangkasa Rusia dan pengebom strategik Hong-6K Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China mengadakan rondaan bersama selama lebih lima jam. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

MOSCOW: Tentera Aeroangkasa Rusia dan Tentera Udara China menjalankan latihan ketenteraan melalui rondaan udara bersama, menyaksikan kerjasama erat antara kedua-dua negara kuasa besar Timur tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Rusia pada Khamis, ia berkata, skuad udara pengebom strategik Tu-95MS Tentera Aeroangkasa Rusia dan pengebom strategik Hong-6K Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China menjalankan rondaan udara bersama di Laut Chukchi, Laut Bering dan bahagian utara Lautan Pasifik. 

“Kru Rusia dan China mempraktikkan kerjasama semasa menjalankan misi rondaan udara di kawasan baharu pesawat Su-30SM dan Su-35S Angkatan Aeroangkasa Rusia menyediakan perlindungan pesawat tempur,” kata kenyataan itu, lapor MNA.

- Advertisement -

Penerbangan bersama pesawat Rusia dan China itu berlangsung selama lebih lima jam.

Tambah kenyataan itu, jet pejuang asing turut mengiringi kumpulan udara kedua-dua negara itu pada peringkat tertentu laluan. 

“Ketika menjalankan misi, pesawat kedua-dua negara bertindak mematuhi undang-undang antarabangsa yang ketat. 

“Tiada pelanggaran ruang udara negara lain.

“Aktiviti itu dijalankan sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama ketenteraan 2024 dan tidak ditujukan kepada negara ketiga,” kata kenyataan itu. -Agensi/– HARAKAHDAILY 26/7/2024

- Advertisement -