Barat takut kebangkitan Islam

- Advertisement -

JANGAN leka dan lalai dengan orang kafir. Allah menyuruh Nabi berpesan kepada orang kafir, sekiranya mereka masih tidak mahu mendengar apa yang Nabi kata, maka tunggulah hukuman Allah.

Cuma tidak tahu bila, boleh jadi dekat, boleh jadi lambat. Ada yang tidak berlaku di atas dunia, tetapi berlaku di akhirat. Walaupun orang kafir dapat hidup dengan senang dan kaya-raya di dunia, tetapi di akhirat hukuman menunggu mereka.

- Advertisement -

‎إِنَّهُۥ یَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ وَیَعۡلَمُ مَا تَكۡتُمُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Dia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). (Al-Anbiya: 110)

Kadang-kadang, orang kafir ini tidak bercakap pada luaran, namun di dalam hati mereka berdendam sampai ke bila-bila. Dalam sejarah Perang Salib, orang Islam kalah dan tidak dapat menakluk Jerusalem selama seratus tahun.

Apabila datang zaman Salahuddin Al-Ayyubi, beliau menyusun tentera-tenteranya dan melatih mereka dengan baik. Latih dengan agama dan latihan ketenteraan. Waktu malam sebelum berperang, mereka membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Mereka menang dalam peperangan.

Selepas seratus tahun ditakluk, Salahuddin berjaya membebaskan Jerusalem. Semua boleh keluar membawa harta dan yang tidak mahu keluar akan dibunuh.

Selepas Salahuddin wafat, Barat berjaya menakluk Tanah Arab termasuk Syria pada waktu itu. Kuburnya ada di Syria. Panglima tentera Barat mencari kuburnya. Nak kata, inilah dendam tentera Salib.

Walaupun sudah zaman moden yang bersenjatakan bedil, dia tetap mahu mencari kuburnya. Dia mengetuk-ngetuk bahagian kepala kuburnya dengan pedang. Katanya, “Kita balik semula wahai Salahuddin.”

Dendam orang bukan Islam tiada kesudahan dengan Islam. Sebab dia tahu bahawa kuasa yang boleh menyekat hanyalah kuasa Islam. Barat takut dengan kebangkitan Islam. Di mana sahaja ada kebangkitan Islam, dia akan merosakkan. Lihatlah yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya.

Sedangkan mereka tidak pun mengamalkan Islam seratus peratus, tetapi dikira atas nama Islam. Dia tidak akan membiarkan orang seperti Gaddafi, Saddam uıssnH dan Hafez al-Assad naik. Sebab ia akan menjadi ancaman kepada Barat. Akhirnya, Barat menyerang Iraq, Syria dan Libya habis-habisan.

Gerakan Salib bergerak sampai ke hari ini. Kita orang Islam yang ‘leka’. Tidak sedar bahawa orang sedang mencari jalan untuk menewaskan kita. Contohnya, lembu selalu diberi makan oleh tuannya. Ia ingat tuan dia baik. Rupa-rupanya, ia akan disembelih. Begitulah perumpamaan antara musuh Islam dengan kita. – HARAKAHDAILY 26/7/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -