Rakyat Malaysia jual buah pinggang demi kelangsungan hidup?

Kes rakyat tempatan ingin menjual buah pinggang sudah kedengaran sejak tahun lalu lagi.
- Advertisement -

DUNIA semakin mendesak untuk memenuhi kelangsungan hidup sehinggakan sanggup menjual buah pinggang demi membayar hutang dengan kadar segera.

Kalau dahulu, bekerja lebih masa atau membuat dua kerja bagi memenuhi keperluan komitmen bulanan tetapi kini ada individu di negara ini yang memilih untuk menjual organ dalaman.

- Advertisement -

Benarkah begitu? Diulangi, perkembangan ini bukan di luar negara, tetapi ia kini semakin dikesan di Malaysia khususnya menerusi paparan media sosial sejak akhir-akhir ini.

Grup laman Facebook ‘Mencari Penderma Buah Pinggang’ melaporkan,  wujud sejumlah individu yang berani mengiklankan penderma buah pinggang secara sukarela bagi tujuan-tujuan tertentu dengan dikenakan ‘bayaran’ tertentu juga.

Pemerhatian  Harakahdaily mendapati, ramai daripda  yang ingin menjual organ mereka itu adalah kerana kesempitan wang, dan ada yang ingin menyara keluarga. 

Lebih mengejutkan lagi, apabila ada individu yang meninggalkan komentar yang  berminat untuk membeli organ dan ingin berundung tentang harga dengan penderma terlebih dahulu.

“Tumpang iklan. Saya bantu kawan saya yang ingin menjual buah pinggangnya untuk membayar hutang. Harga boleh ditentukan.” 

“Di sini saya ingin menjual buah pinggang saya. Bagi yang betul-betul ingin membeli sahaja boleh runding harga. Saya memerlukan duit untuk sara keluarga saya.”

“Saya pun sama nak jual buah pinggang saya. Saya berdarah O+ dan berumur 40 tahun.” 

Itu antara butir rundungan individu yang ingin menjual organ dengan pembeli tempatan di medsos, yang mana maklumat mengenai platform rundingan itu diadakan terpaksa dirahsiakan.

Sehubungan dengan itu, di laman itu juga ada beberapa individu yang berkongsi maklumat lengkap penjagaan buah pinggang dan diet yang diperlukan bermatlamat untuk meraih harga yang tinggi di pasaran.

Merujuk kepada info perubatan, semakin sihat penderma buah pinggang itu, semakin melambung tinggi nilainya.

Jika dilihat realitinya, buah pinggang adalah salah satu organ yang mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya buat mereka yang terdesak dan terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama di dalam senarai penderma.

Hasil rujukan mendapati sesuatu yang mengejutkan, bahawa harga buah pinggang di  pasaran gelap boleh melambung sehingga RM100,000 atas permintaan yang dikatakan terlalu banyak; dan tidak mustahil dunia sekarang dengan sukarela menjualnya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

- Advertisement -