
KUALA LUMPUR: Keputusan Covid-19 tidak perlu lagi dimuat naik melalui aplikasi My sejahtera, sebaliknya hanya melalui sistem eNotifikasi yang kendalikan oleh pengamal perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sistem eNotifikasi telah diguna pakai oleh kesemua pertubuhan kesihatan bagi memantau dan melaporkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.
Menurut KKM di laman Facebooknya dalam makluman semalam bahawa perkara itu telah berkuat kuasa bermula 15 Julai 2024.
Sementara itu, ujian pengesahan bagi Covid-19 hanya melalui kit ujian pantas antigen RTK-Antigen profesional yang diselia oleh petugas kesihatan dan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).
Namun begitu, ujian ini hanya dilakukan bagi tujua rawatan dan bukan untuk saringan.
Garis panduan pengurusan Covid-19 boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.
Terdahulu direkodkan bahawa pihak KKM akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 yang telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu. – HARAKAHDAILY 17/7/2024




















