
BERLIN, Jerman: Sepanyol memahat rekod kejuaraan bola sepak Eropah, Euro keempatnya, pada saat akhir menerusi gol minit ke-86 hasil rembatan Mikel Oyarzabal menewaskan England 2-1 dalam perlawanan akhir Euro 2024 pada Ahad di sini.
Sepanyol memenangi kesemua tujuh perlawanan yang dilaluinya sepanjang Euro 2024, dinobatkan sebagai juara untuk melengkapkan salah satu persembahan kejohanan antarabangsa yang paling dominan dalam sejarah.
Pengurus Sepanyol Luis de la Fuente berkata, “Saya sangat gembira…melihat reaksi peminat, melihat reaksi pemain (atas kemenangan).
“Bagi saya, mereka (baisan pemain Sepanyol) adalah yang terbaik di dunia dan hari ini saya mengesahkan definisi itu.”
Dalam gelanggang final 2024, Nico Williams menjaringkan gol pertama untuk Sepanyol, kurang dua minit separuh masa kedua selepas 45 minit pembukaan tanpa jaringan.
Sepanyol kelihatan pasukan yang lebih baik sepanjang perlawanan, tetapi pemain England, Cole Palmer menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73.
Sepanyol sebelum ini memenangi kejohanan itu pada 1964, 2008 dan 2012 dan terikat dengan Jerman sebagai satu-satunya juara tiga kali.
Sementara, Ini merupakan naib juara kedua berturut-turut England, selepas tewas kepada Itali pada perlawanan akhir Euro 2020.
England tidak pernah memenangi kejuaraan Eropah dan kemenangan terakhir kejohanan antarabangsa utamanya ialah Piala Dunia 1966.
“Kalah dalam perlawanan akhir adalah sukar,” ulas kapten England, Harry Kane selepas perlawanan. – HARAKAHDAILY 15/7/2024




















