
ASAS al-Quran dan Hadis. Kata ulama, prinsip asas ada tiga sahaja iaitu Ilahiyah yakni ketuhanan, nubuwwah yakni kenabian dan aakhirah yakni hari akhirat.
Jangan goyah pegangan kita kepada Allah, percaya dan tidak menolak nabi dan percaya kepada hari akhirat.
Apabila percaya kepada Allah, akan percayalah kepada malaikat dan syurga dan neraka. Apabila percaya kepada malaikat, percayalah kepada wahyu.
Selagi duduk dengan tiga prinsip di atas, kita tidak boleh mudah-mudah menuduh seseorang itu keluar daripada Islam.
Boleh jadi dia menyeleweng tetapi keluar daripada Islam itu adalah isu yang berbeza. Serupa dengan orang fasik, dia ialah orang Islam, ada iman, cuma dia melakukan dosa dan melanggar ajaran agama. Dia masih lagi orang beriman, tetapi tidak boleh menjadi saksi dan wali nikah.
Perbandingan mudahnya adalah orang yang menghafaz al-Quran, tetapi dia selalu memakai singlet dan seluar pendek, takkanlah kita nak melantiknya sebagai Imam kan? Walaupun ada khilaf dalam bab aurat, tiada lagi ulama yang memakai seluar pendek.
Ada yang berpendapat bahawa aurat adalah antara pusat dengan lutut, makna kata kemaluan wajib ditutup.
Namun begitu, mengikut mazhab Syafie yang cermat, tidak rugi kalau pusat dan lutut juga ditutup. Sebab kalau tersalah pusat dan lutut termasuk dalam aurat, dan kita hanya menutup kemaluan sahaja, tidakkah ‘naya’ kita?
Jadi, janganlah ambil mudah. Tiada ulama yang memakai seluar pendek.
Antara sebab perpecahan umat berlaku adalah kerana:
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
Setiap puak berlagak dengan pegangan masing-masing.
Tidak mahu bertolak ansur dan mengalah serta selalu nak menang. Berbahas bukan nak mencari kebenaran, tetapi berbahas sebab nak menang. Ada beza antara kedua-duanya. Orang zaman dahulu berbahas mencari kebenaran.
Berbahas sebab nak menang akan pusing jugak kut mana pun, contohnya kisah antara dua orang saling nak menang, seorang kata burung yang terbang, seorang lagi kata kambing yang terbang yang pernah saya ceritakan.
Sebab kedua ialah nafsu. Dalam ayat lain disebut, suka menurut syaitan. – HARAKAHDAILY 8/7/2024
PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.




















