Seramai 51.32% keluar mengundi setakat 3 petang

Abang Abidin menemui orang ramai selepas meninjau proses pengundian yang sedang berlangsung di SK Sungai Kechil tengah hari tadi. (FOTO: FB Abang Abidin Ismail)
- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencatatkan 51.32 peratus peratus setakat jam 2 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses mengundi di sembilan pusat pengundian berjalan lancar dalam suasana cuaca baik setakat tengah hari ini.

- Advertisement -

Ia membabitkan 65 saluran mengundi telah di buka serentak jam 8 pagi tadi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi hingga 6 petang ini sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, di sini.

Seramai 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

PRK pada kali ini melibatkan pertandingan dua penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, yang mesra disapa Abang Abidin dan calon Pakatan Harapan (PH), Cikgu Joohari. – HARAKAHDAILY 6/7/2024

- Advertisement -