Selawat bersama Sheikh Zainul Asri di Sungai Bakap malam ini

- Advertisement -

SUNGAI BAKAP: Pasukan Kempen Ulamak Dewan Ulamak PAS negeri Pulau Pinang (DUPNPP) dan Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Kechil akan mengadakan Program Sungai Bakap Berselawat di sini pada jam 7.30 malam ini (1 Julai).

Program anjuran DUPNPP ini yang dijadualkan diadakan di pekan Sungai Kechil, berdekatan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil itu akan  dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat.

- Advertisement -

Menurut kenyataan penganjur lagi, ia akan diikuti dengan bacaan surah Yasin dan Hizb Al-Bahr yang akan diketuai oleh Ustaz Syarbini Husein. Program selawat dan berqasidah pula kan dijalankan selepas solat Isyak bersama tetamu istimewa al-Fadhil Sheikh Zainul Asri.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nushi Dato’ Mahfuz; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Fauzi; dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Tajuddin Abu Bakar.

Sehubungan dengan itu, ucapan khas juga akan disampaikan oleh calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) N20, Abidin Ismail bersempena PRK Sungai Bakap yang akan diadakan pada 6 Julai, Sabtu ini dan pengundian awal pada esok, Selasa (2 Julai). – HARAKAHDAILY 1/7/2024

- Advertisement -