Menghidupkan yang mati dengan hentakan tongkat

- Advertisement -

ISA menjadi nabi dan sudah hebat sejak kecil lagi. Apabila bersama dengan kawan-kawannya, Nabi Isa boleh memberitahu apa yang dimakan oleh kawan-kawannya di rumah sedangkan baginda tidak melihatnya.

Kawan-kawannya berasa hairan. Allah telah memberikannya kelebihan semasa umurnya remaja. Setelah itu, baginda menjadi dewasa dan menjadi nabi.

- Advertisement -

Nabi Isa hidupnya selama 33 tahun. Baginda diangkat ke langit. Dalam tradisi Kristian disebut, baginda dilantik menjadi nabi sewaktu usianya 30 tahun dan membawa mukjizat. Yang pertama, kelahirannya tanpa seorang ayah.

Yang kedua, mukjizatnya pelik-pelik. Baginda boleh memberitahu apa yang kawan-kawannya makan di rumah dan tahu di mana makanan dan barang-barang disimpan.

Mukjizatnya yang terbesar adalah menghidupkan orang yang telah meninggal dunia. Hanya dengan mengetuk tongkatnya sahaja, orang yang telah meninggal boleh hidup semula. Baginda menunjukkan mukjizatnya beberapa kali kepada kaum Yahudi pada masa itu.

Selain daripada itu, baginda boleh menyembuhkan orang yang ada penyakit sopak dan kusta dengan hanya menyentuh dan menggosok kepala orang itu. Akhirnya, penyakit itu hilang dan kembali pulih dengan serta-merta.

Orang yang berpenyakit sebegini biasanya akan dikurung dan kalau keluar ke bandar, dia akan dilempar batu kerana dibimbangi berjangkit dengan orang lain.

Mukjizat lainnya adalah baginda boleh berjalan di atas air dan bergerak dengan cepat.

Dahulu, Malaysia menubuhkan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh khusus untuk menangani isu penyakit kusta yang sukar diubati. Kulit menjadi berkudis dan boleh mengakibatkan kecacatan.

Orang Melayu memanggilnya sebagai “penyakit orang baik.” – HARAKAHDAILY 25/6/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -