Hujan lebat, ribut petir landa sembilan negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan sembilan negeri pada hari ini.

MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, manakala kawasan di Johor yang turut terlibat adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

- Advertisement -

“Selain itu, Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau).

“Sementara itu, Sabah di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

“Amaran ribut petir yang dikeluarkan setakat jam 5 petang juga melibatkan Sarawak di Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/6/2024

- Advertisement -