Dua persoalan isu pemindahan lokasi kebumi Tun Hanif 

Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali mengemukakan dua persoalan kepada media berkait isu pengebumian mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia pada 20 April lepas.

“Persoalan pertama, Arahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberitahu keluarga Allahyarham supaya jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk diurus dan dikebumikan di Makam Pahlawan datang dari mana?

- Advertisement -

“Persoalan kedua, siapa (atau pihak mana) yang mengarahkan imam Masjid Negara untuk mengumumkan jenazah akan dikebumikan [pula di Bukit Kiara (dan bukan di Makam Pahlawan)? 

“Saya bertanya ini dengan elok dan sopan santun, bukan untuk menimbulkan sebarang isu kerana ia melibatkan jenazah seorang tokoh yang bergelar ‘Tun’ dan telah menerajui PDRM lebih 20 tahun berjasa kepada keselamatan negara dan rakyat”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, beliau sangat sedih dengan perkara ini dan berharap pertanyaannya melalui media ini akan diambil perhatian oleh pihak PDRM dan Kerajaan Madani. 

“Jawapan telus dan terus terang pihak PDRM dan kerajaan Madani dapat menghilangkan aib keluarga Allahyarham Tun Hanif Omar. Rakyat juga ingin mengetahui hal yang sebenarnya. Oleh itu, sama-sama kita tunggu penjelasan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2w3/4/2024

- Advertisement -