
NEW YORK CITY: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak meluluskan draf resolusi AS yang kononnya menyatakan keperluan untuk gencatan senjata segera yang akan membolehkan lebih banyak bantuan ke Semenanjung Gaza.
Terdahulu, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York City pada hari ini, Jumaat (22 Mac), dua ahli tetap Majlis Keselamatan PBB – Rusia dan China, selain Algeria (ahli bergilir) telah mengundi menentang draf resolusi yang digubal AS itu, manakala 11 negara daripada 15 anggota pertubuhan tersebut menyokong resolusi berkenaan; dan hanya satu negara, Guyana mengambil pendekatan berkecuali, lapor Al Jazeera.
Sekurang-kurangnya 31,988 rakyat Palestin terbunuh dan 74,188 yang lain cedera dalam serangan genosid Zionis Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. – HARAKAHDAILY 22/3/2024




















