
MOSCOW: Vladimir Putin memenangi Pilihan Raya Presiden Rusia buat penggal kelima selepas pertama kali memegang tampuk kuasa pada 1999, yang membolehkan beliau berkuasa untuk tempoh enam tahun lagi sehingga 2030.
Kiraan awal pada Ahad (17 Mac) menunjukkan Putin telah mendapat sebanyak 88 peratus undi, manakala pesaing rapatnya yang berhaluan komunis, Nikolay Kharitonov hanya mendapat undian sebanyak 4%, Vladislav Davankov di tempat ketiga dan pemimpin ultra-nasionalis, Leonid Slutsky di tempat keempat dengan 3% undi.
Dengan kemenangan tersebut, Putin menjadi calon yang memperoleh kemenangan terbesar bagi pemimpin pasca-Soviet sekaligus menjadikannya sebagai presiden yang paling lama berkhidmat di Rusia.
Pilihan raya yang berlangsung selama tiga hari dari 15 hingga 17 Mac itu penuh kontroversi menyaksikan ramai calon yang tidak sehaluan dengan Putin telah dihalang daripada bertanding, dipenjara dan ada juga yang mati dengan kontroversi.
Sementara itu, Putin yang berucap di hadapan penyokongnya selepas kiraan awal diumumkan, menegaskan bahawa beliau akan mengutamakan untuk menyelesaikan tugas berkenaan dengan apa yang disebut beliau sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ Rusia di Ukraine dan akan menguatkan ketenteraan negara Rusia.
“Kita banyak tugasan di hadapan. Tetapi apabila kita bersatu, tidak kira siapa yang menakutkan dan menindas kita, tiada siapa yang pernah berjaya dalam sejarah. – HARAKAHDAILY 18/3/2024




















