AUKU: Beri kuasa kepada mahasiswa untuk mentadbir

Dr Shahidan Kasim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seksyen 4A Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2019 dilihat seolah-olah tidak memberi kebebasan kepada pelajar untuk mentadbir kerana kuasa yang ada di belakangnya adalah Naib Canselor dan Lembaga Pengarah Universiti.

Dato’ Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) berkata, Seksyen 4A berkenaan mempunyai kuasa Menteri untuk melantik Naib Canselor.

- Advertisement -

“Saya nak tanya Menteri apakah penambahbaikan dibuat, kita ada jawatankuasa untuk nasihat Menteri untuk (lantik) Naib Canselor tapi kita tidak dapat maklumat siapakah? Maka kita buatlah pindaan ini 16B 2A iaitu berhubung dengan kuasa Naib Canselor dan lain-lain.

“Nampaknya pelajar lagi sekali tidak dapat kebebasan seolah-olah pelajar ini bukan wakil pelajar universiti, ini wakil universiti sebab kuasa di belakang ialah kuasa Naib Canselor dan Lembaga (Pengarah Universiti).

“Jadi kita minta supaya yang ni tidak payah pinda bagi sahaja kebebasan, lagipun dia (pelajar) diberi hak mengundi 18 tahun kita beri kebebasan untuk mereka mentadbir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini hari ini.

Mengulas berhubung kuasa hak tempoh Naib Canselor dan Lembaga Pengarah Universiti, beliau mencadangkan untuk dimasukkan pelajar ke dalam pindaan tersebut.

“Saya nak bagitahu kepada pelajar orang muda, rakyat Malaysia kami tidak bersetuju dengan pindaan demi pindaan, kami mahu pelajar diberi hak sepenuhnya untuk mentadbir pertubuhan.

“Mereka diberi mengundi, hak mereka, supaya mereka menjadi wakil kepada pelajar bukan wakil kepada universiti.

“Jadi saya minta menteri yang cukup prihatin melihat kembali bahawa jangan cuba control pelajar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -