Urus Setia Kebajikan anjur 864 program tahun lepas

- Advertisement -

KOTA BHARU: Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita telah berjaya menganjurkan lebih 864 program di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan sepanjang tahun lepas.

Program berkenaan termasuklah skim bantuan yang memberi manfaat kepada lebih 37,000 armalah dan lebih 1,000 Orang Kelainan Upaya (OKU).

- Advertisement -

Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri (U-KeKWa), Ilvira Mohd Dasuki berkata, program berkenaan telah berjalan lancar dengan kerjasama padu semua Adun.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program-program kita. Kerjasama dengan agensi-agensi guna sama akan diteruskan.

“Tahniah kepada semua Adun dan Setiausaha Pusat Khidmat DUN (PKD) kerana sentiasa memberi kerjasama terbaik,” katanya ketika membentang pencapaian prestasi pelaksanaan program tahun 2023.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Rohani Ibrahim. Hadir sama Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Abdul Rahman Yunus.

Dalam program terbabit, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Perkeso membentangkan skim-skim di bawah seliaan mereka termasuk skim bantuan, perlindungan sosial suri rumah dan perlindungan bekerja sendiri.

Ilvira turut membentangkan perancangan program tahun 2024 yang meliputi program kebajikan dan skim bantuan. – HARAKAHDAILY  21/2/2024

- Advertisement -