
Sejurus Mahkamah Persekutuan mengumumkan pembatalan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, memberikam kemenangan kepada pasangan anak beranak, penganut PAN dan Melayu PH nampaknya galak menyebarkan naratif jahat menutup bangkai gajah iaitu menghalang Enakmen Kanun Jenayah Syariah.
Persepsi yang dibawa adalah memberikan gambaran menyalahkan Kerajaan Kelantan, sedang tidak ada sedikit pun menyentuh pasangan anak beranak yang membuat bantahan tanpa locus standi. Sayangnya benih undang-undang Islam yang diasaskan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz dilanggar dan dihina oleh kononnya pengkagum beliau sendiri. Sedih dan kecewa.
Justeru, jika sekalipun tidak mahu mengiktiraf usaha Kerajaan Kelantan menggubal kepentingan enakmen syariah negeri Kelantan, naratif politik penuh hasad dendam tidak sepatutnya diinisiatifkan oleh pimpinan mahupun cybertrooper upahan PAN dan Melayu PH memburukkan kerajaan. Seolah otak mereka gagal menghadamkan realiti dan hakikat sebenar yang berlaku.
Tanpa mahu mengulas panjang, saya hanya mahu memotretkan kekecewaan atas drama ciptaan yang sedang dimainkan. Cuma pesan saya, jangan cuba bermain politik atas perkara melibatkan kepentingan Islam. Jika tidak mampu membantu, menghina pihak yang mahu membela enakmen syariah juga tidak diperlukan.
Benarlah jika anak muda menolak PAN dan Melayu PH di Kelantan, kerana kerja-kerja jahat menutup bangkai “puak-puak mereka” benar-benar berlaku dan bukan lagi rahsia yang disorokkan.
Salam hormat.
MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
01 Syaaban 1445H | 11 Februari 2024 – HARAKAHDAILY 11/2/2024
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.




















