Cuti Tahun Baru Cina: Trafik perlahan namun terkawal

Trafik di laluan lebuh raya arah Selatan dari Seremban ke Port Dickson bergerak perlahan dan mencatat peningkatan kenderaan. (FOTO: HARAKAHDAILY/Srihayanis Abasri)
- Advertisement -

SEREMBAN: Trafik perlahan di beberapa laluan di Lebuh Raya Utara Selatan akibat pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung berikutan cuti hujung minggu dan sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Tinjauan HarakahDaily yang melalui laluan lebuh raya arah Selatan dari Seremban ke Port Dickson mendapati, trafik perlahan dan terus mencatat peningkatan kenderaan.

- Advertisement -

Walaupun trafik bergerak perlahan, namun keadaan lalu lintas tetap berjalan lancar dan terkawal. 

Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya berkata, akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik sebagai persediaan menghadapi peningkatan jumlah kenderaan bermula 8 hingga 18 Februari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman X PLUS Trafik di https://x.com/plustrafik?t=AEdfrci74pc0VE7RrEw-bg&s=09.

Selain, talian bebas tol LLM di 1800-88-7752 serta laman X LLM Trafik di https://x.com/llmtrafik?t=Cng21H7C4DZlmAosRkAb7Q&s=09.  HARAKAHDAILY  10/2/2024

- Advertisement -