Muslimat PAS Guar Sanji santuni masyarakat Tionghua

Latipah (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024 di Guar Sanji, Arau, Perlis.
- Advertisement -

ARAU: Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji santuni masyarakat kaum Tionghua  sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2024 di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Program itu diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Pengurusan dan Keselamatan Kampung Simpang 3 Guar Sanji dan Jelempok.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau, Latifah Mat berkata, langkah itu diambil bagi merapatkan hubungan sesama kaum dan agama yang wujud di kawasan DUN Guar Sanji.

“Tindakan  ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kesetiaan dalam memupuk keharmonian dan kepercayaan antara pelbagai lapisan masyarakat khususnya di DUN ini,” katanya di sini, hari ini.

“Diharapkan program seumpama ini menjadi rutin tahunan sempena sambutan perayaan masyarakat Tionghua,” katanya.  HARAKAHDAILY  9/2/2024

- Advertisement -