Legenda bola sepak negara, Khalid Ali meninggal dunia

Arwah Khalid Ali (gambar kiri) dan ketika beliau dalam usia muda (gambar kanan).
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Abd Mohd Khalid Mohd Ali atau lebih dikenali Khalid Ali, 66, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3.03 petang, tadi.

Khabar duka kematian Allahyarham Khalid dimaklumkan menerusi laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini (6 Feb).

- Advertisement -

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” catat FAM menerusi Facebook sebentar tadi.

Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat awal Ramadan lalu dan telah menjalani beberapa sesi rawatan selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit berkenaan. 

Khalid yang sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas keadaannya yang tidak mengizinkan serta tidak sedarkan diri beberapa hari sebelum akhir riwayatnya.

Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.  HARAKAHDAILY  6/2/2024

- Advertisement -