
CARACAS: Juara Olimpik Brazil mengharungi jalan yang sukar dalam usaha mereka untuk merebut tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pasukan bawah 23 tahun mereka tewas mengejut 1-0 kepada Paraguay awal pagi tadi dalam pertandingan empat terakhir kelayakan zon Amerika Selatan.
Tandukan Fabrizio Peralta pada saat akhir separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan Paraguay, yang kali terakhir bertanding di Sukan Olimpik pada 2004, kemenangan yang tidak dijangka.
Bintang remaja Brazil, Endrick, mensia-siakan peluang untuk meletakkan pemenang pingat emas Sukan Tokyo 2020 apabila dia gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-29.
Dalam perlawanan kelayakan yang lain, penalti minit terakhir daripada pemain gantian Venezuela, Kevin Kelsy memastikan Venezuela mencuri 1 mata dari Argentina dengan keputusan 2-2.
Brazil akan menentang Venezuela pada perlawanan seterusnya, yang sebelum ini menewaskan mereka 3-1 pada peringkat awal .
Pusingan Kelayakan yang diadakan di Caracas, bakal berakhir pada 11 Feb ini dengan hanya dua tempat teratas yang akan mendapat tempat di Paris. – HARAKAHDAILY 6/2/2024




















