
LONDON: Phil Foden menjaringkan hatrik ketika Manchester City membenam Brentford 3-1, sekali gus merapatkan jurang dua mata dengan pendahulu liga itu.
Brentford mendahului City dengan jaringan Neal Maupay pada minit ke-21, namun Foden menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama dan menambah dua lagi gol ketika pasukan pelawat itu mengawal perlawanan dengan cemerlang.
City mula menyamakan kedudukan dengan Brentford pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Foden menyambar bola yang gagal ditanduk keluar dari kawasan bahaya dan dengan tenang merembat masuk ke gawang lawan.
Foden sekali lagi meletakkan City di depan selepas menanduk bola hantaran Kevin de Bruyne menerobos ke gawang Brentford.
Serangan Brentford terhadap City seterusnya berjaya dikekang sebelum Foden melengkapkan jaringan hatrik dengan penyudah yang tenang pada minit ke-70.
Brentford telah mengumpul tiga mata daripada lapan perlawanan liga terakhir mereka, tewas tujuh daripadanya, dan telah turun ke tangga ke-15, tiga mata di atas zon penyingkiran.
Liverpool yang dikalahkan Arsenal pada Ahad, mendahului carta dengan 51 mata daripada 23 perlawanan tetapi City meningkat kepada 49 daripada 22, dan Arsenal naik pada kedudukan 49 daripada 23. – HARAKAHDAILY 6/2/2024




















